Definisi Umrah
Assalamualaikum...
Hmm... Kali ni saya kongsikan tentang ibadah umrah. Bagi yang nak menunaikan ibadah umrah, kenalah faham dengan betul-betul tentang umrah ok. Barulah ibadah kita tu lebih bermakna insya Allah.
Umrah dari segi bahasa bermaksud ziarah atau berkunjung.
Dari sudut syarak pula, umrah bermaksud mengunjungi Ka'abah di Masjid al-Haram selain daripada musim haji untuk melakukan ibadah yang tertentu dengan syarat-syarat yang khusus.
Bila dah faham tentang definisi umrah, barulah kita beralih kepada tentang hukumnya pula ok.
Hukum Menunaikan Ibadah Umrah
Menurut Mazhab al-Syafi'e yang sahih, hukum menuanaikan ibadah umrah ialah fardhu. Ini bermakna semua umat Islam yang mukallaf, wajib menunaikannya apabila mampu untuk melakukannya.
Antara dalil yang menyatakan sedemikian adalah firman Allah yang terdapat di dalam Surah al-Baqarah, ayat 196:
وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ
وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ
Maksudnya: Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah ta'ala.
Oleh yang demikian, bagi kita semua yang dah mampu nak melaksanakan ibadah umrah, maka wajiblah ke atas diri kita untuk mengerjakannya. Maksud mampu ni ialah kemampuan dari sudut kesihatan dan kewangan untuk melakukannya. Oleh itu, bagi yang baru dapat kenaikan gaji, dapat kenaikan pangkat, dapat tunggakan dan sebagainya bolehlah bercadang dan berniat untuk menunaikan ibadah umrah. Insya Allah bila niat tu dah ada, insya Allah, Allah akan mudahkan kita untuk sampai ke sana....
Nak tahu tentang kelebihan menunaikan ibadah umrah, sila tunggu post yang akan datang ok...
Jumpa lagi, assalamualaikum...
Tuesday, 29 May 2012
Sunday, 27 May 2012
Umrah 2012
Assalamualaikum...
Terima kasih kepada semua yang sudi menziarahi blog saya ini.
Hmm... mesti ada yang terjumpa blog ni sebab nak tahu tentang umrah kan?
So, insya Allah, saya akan cuba kongsikan sedikit pengalaman yang ada berkenaan ibadah umrah. Kepada sesiapa yang nak kongsikan kisah mereka jugak, dipersilakan. Cuma saya harap, biarlah kita kongsikan perkara-perkara yang baik sahaja ok. Maklumlah, kita kan sedang bercerita tentang ibadah, jadi kenalah menjaga adab dan akhlak ok.
Bagi yang ingin menunaikan ibadah umrah tahun ni, 2012, kenalah buat persiapan daripada sekarang. Maksudnya, kalau nak cari mana-mana ejen yang menawarkan perkhidmatan umrah, bolehlah mula dari sekarang. Bukan apa, kalau nak pergi ke sana, biarlah dalam keadaan yang terurus dan tidak terkejar- kejar. Nanti lain pulak yang jadi. Maklumlah, kalau gunakan visa umrah, kita cuma boleh pergi umrah sehingga akhir bulan Ramadhan sahaja. Lepas tu visa umrah dah tutup untuk bagi laluan pula kepada jemaah haji yang bakal tiba. Biasanya visa umrah akan dibuka semula pada awal tahun berikutnya.
Maknanya, kalau kita dah merancang nak buat umrah tahun ni, kenalah buat persiapan segera ok. Tapi, kalau merancang untuk tahun depan pun boleh jugak buat persiapan daripada sekarang. Boleh tanya dengan mana-mana saudara atau kawan-kawan yang balik daripada umrah, minta pandangan dan pengalaman mereka. Maklumat macam tu pun berguna sangat supaya kita dapat buat umrah dengan selesa dan terurus. Dan memang dah jadi kebiasaan pun, kalau kita nak gi umrah, kita tanya dulu mereka-mereka yang dah pernah pergi then kita tanya ok ke tak travel agen yang bawa diorang. Bukanlah nak judge diorang ok ke tak, tapi sekadar panduan dalam memilih agent travel yang berpengalaman dalam menguruskan jemaah umrah.
Lagi satu, ini antara cara-cara untuk mengelakkan daripada ditipu oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab dalam menguruskan pakej umrah ni. Ada yang nak mengaut keuntungan dengan menipu orang jer. Na'uzubillah. Sesetengah tu, tawarkan harga umrah yang terlalu murah dan tak munasabah kalau ikutkan logik akal kita, rupa-rupanya sindiket menipu orang. Bukannya apa, kadang-kadang orang yang terpedaya dengan diorang ni sebab teringin sangat nak buat umrah, tapi duit tak mencukupi. Jadi bila dah ada pakej macam tu, bersemangatlah nak pergi. Hish, diorang ni aniayakan orang jer.... Itulah penting nya bertanya-tanya dengan orang lain .... pengalaman. Kiranya, bila baca blog saya ni pun kira pengalaman lah jugak yer...
Antara pakej umrah yang saya pernah bawa ialah dengan Demawardah. So far, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. (Ini semua ketentuan Allah). So, kalau sesiapa yang dah berazam nak buat umrah, bolehlah ikut Demawardah. Nak tahu kelebihannya? Insya Allah, saya akan post dalam entry yang akan datang. Kalau ada yang tak sabar-sabar nak tahu, terutamanya tentang promosi yang ada, bolehlah terus hubungi saya di talian....... Insya Allah saya akan cuba berikan maklumat yang lengkap dan promosi yang terhebat.

Subscribe to:
Posts (Atom)