Tuesday, 29 May 2012

Tentang Umrah...

Definisi Umrah

Assalamualaikum...

Hmm... Kali ni saya kongsikan tentang ibadah umrah. Bagi yang nak menunaikan ibadah umrah, kenalah faham dengan betul-betul tentang umrah ok. Barulah ibadah kita tu lebih bermakna insya Allah.

Umrah dari segi bahasa bermaksud ziarah atau berkunjung.
Dari sudut syarak pula, umrah bermaksud mengunjungi Ka'abah di Masjid al-Haram selain daripada musim haji untuk melakukan ibadah yang tertentu dengan syarat-syarat yang khusus.

Bila dah faham tentang definisi umrah, barulah kita beralih kepada tentang hukumnya pula ok.


Hukum Menunaikan Ibadah Umrah

Menurut Mazhab al-Syafi'e yang sahih, hukum menuanaikan ibadah umrah ialah fardhu. Ini bermakna semua umat Islam yang mukallaf, wajib menunaikannya apabila mampu untuk melakukannya.

Antara dalil yang menyatakan sedemikian adalah firman Allah yang terdapat di dalam Surah al-Baqarah, ayat 196:

وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ

Maksudnya: Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah ta'ala.

Oleh yang demikian, bagi kita semua yang dah mampu nak melaksanakan ibadah umrah, maka wajiblah ke atas diri kita untuk mengerjakannya. Maksud mampu ni ialah kemampuan dari sudut kesihatan dan kewangan untuk melakukannya. Oleh itu, bagi yang baru dapat kenaikan gaji, dapat kenaikan pangkat, dapat tunggakan dan sebagainya bolehlah bercadang dan berniat untuk menunaikan ibadah umrah. Insya Allah bila niat tu dah ada, insya Allah, Allah akan mudahkan kita untuk sampai ke sana....

Nak tahu tentang kelebihan menunaikan ibadah umrah, sila tunggu post yang akan datang ok...

Jumpa lagi, assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment