Assalamualaikum...
Kali ni, saya nak kongsikan bersama tentang rukun umrah. Bagi sesiapa yang menunaikan umrah, mestilah tahu rukun-rukun ini yer. Kalau tak tahu, macam mana nak tunaikan ibadah umrah dengan sempurna. Kan lebih elok, kalau kita betul-betul faham rukun umrah ni berbanding ikut-ikut orang jer. Betul tak? Lagipun, bukannya banyak, ada lima rukun sahaja bagi ibadah umrah. Jom kita belajar rukun umrah sama-sama.
Pertama: Niat Umrah
Kedua: Tawaf
Ketiga: Sa'i
Keempat: Bergunting atau bercukur
Kelima: Tertib
Hmm... senang kan? Insya Allah dalam post yang akan datang, saya akan jelaskan dengan lebih terperinci tentang rukun-rukun tersebut.
Jumpa lagi, assalamualaikum...